AL_QAMAR

AL-QAMAR

أهلا وسهلا ومرحبا بكم

ٍTanpa Agama manusia Binasa....
Tanpa Ilmu manusia Buta...
Tanpa Iman manusia Sengsara...
Tanpa Ukhuwah manusia Terseksa..

Subhanallah..Indahnya ciptaan Ilahi..
Powered By Blogger

Thursday, October 21, 2010

program muhammadiah power 2010






sudah lama kiranya aku tidak menarikan pena tuk menulis blog...mungkin krn masa,keadaan dll...itu semua alasan...walhal aku banyak menghabiskan masa dgn fb...itulah manusia sering leka dan lalai..n sering tertarik kpd benda2 baru....manusia sering alpha n lupa...ya allah ampunilah sgla kelalaianku slama bergelar hambaMu...

Kini baru tergerak hatiku untuk membuka blogs dan mencoretkan sesuatu.Program Muhammadiah Power adlh satu program yang diadakan untuk mencetuskan motivasi kepada adik2 SMUAM..maafkan kami adik2 krn baru berkesempatan menganjurkan program sebegini untuk adik2..kami sedar adik2 sememangnya dahagakan ilmu n semangat untuk terus berjuang..

Moga2 program ini dapat memberikan sesuatu yng berfaedah dan bermanfaat kpd adik tuk menempuhi hidup sbg seorang pelajar muslim/muslimah..kami memohon maaf diatas segala teguran yang menguris perasaan adk2..tiada niat dihati kami untuk memarahi adk2..marah kami adlh sekadar tuk mmberi teguran yg membina..agar adk2 menjadi insan yg berguna kpd agama,bangsa dan negara..

Monday, April 26, 2010

AZAB BAGI WANITA

Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanyamengapa Rasul menangis.Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya."
Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikattangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka(kata Nabi).

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun
mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api nerakakarena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnyadiulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapitidak mengamalk! annya dan tidak mahu mandi junub.
* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

"Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan...

Sunday, March 7, 2010

MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.
Memang benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain. Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.
Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya.Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan.
Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah. Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia.Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya. Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar. Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati.
Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya. Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan 'pintas' iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.
Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan. Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain. Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).
Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang 'membara' akibat marah itu.Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).
Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:
·
Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.
· Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.
· Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.
· Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.
· Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.
· Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.
· Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.
· Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas
.

Tuesday, February 2, 2010

WARNA-WARNI TEMAN SEPERJUANGAN

Bermulanye sebuah perjuanganku bersma rakan2...
Pelbagai ragam teman2ku dpt kulihat...

Asyik2 dtg lewat (kpd bbrapa org yg kerap dtg lewat)..dah byk kali sy tegur...bila awk nk berubah ni..(tutor)
kesian betul pensyarah yg jd tutor kls kami..(terima kasih diucapkan pensyarah yg sanggup mnjadi tutor kami)..
..tp nk wt cmne...entah makhluk ape yg menggangu mrk utk dtg awl..mungkin ade makluk yg bertanduk yg menghalang mrk dipersimpangan jln..klau ditanye pun ade je jwpn msg2..lewat bangun..abis tak subuh la ni..ape nak jd la..soal agama, kewajipan tidak dititikberatkan..tak de rase malu ke kpd Pencipta yg Maha Kuasa..seandainye nyawa kite ditarik pada masa itu...adakah kt tergolong dikalangan org soleh atau sebaliknye..azabnye memang memedihkan dan mendasyatkan..nauzubillah..renung2kanlah wahai temanku..fikir2kanlah wahai sahabatku..

Temanku malu la cikit...tlg fikirkan perasaan org lain..jgn menyusahkan hidup org lain dgn kesalahan yg kite lakukan...tolonglaa...berubah la wahai temanku...tiada siapa yg dpt mengubah hidup anda melainkan diri anda sndiri..buatla keputusan yg terbaik dlm hidup kalian..nasihat buat diriku sendiri juga..krn kite adalh insan lemah yg lalai..oleh itu kite perlu sentiasa diberi peringatan..Seandainye diriku terleka dan terlalai nasihatilah diriku..


Pelbagai ragam telah kt tempuhi bersama wahai teman..
pening...gelabah...over confident...asyik kene buli..ada yg suke wt lawak bodoh memanjang...tdo dlm kelas...bad mood...ni semua ragam2 yg biasa dilihat dlm kelas ku...
kekadang dpt juga mengilangkan tension bile ada mikro-teaching..plbagai gelagat teman dpt kulihat...

Dlm kesakitan teruji kesabaran,
Dlam perjuangan teruji keimanan,
Dlm ukhwah teruji keikhlasan,
Dlm tawakal teruji ketaqwaan,
Dlm kerinduan teruji kesetiaan,
dan
hargailah bila bersahabat,
maafkanlah bile terluka,
fahami bile keliru,
nasihatilah bile terleka,
tegurlah bile tersilap, ingatlah bile kesunyian,
itulah kehebatan ukhwah fillah..

Dikurniakan akal fikiran agar dpt kite membezakan antara yg baik dan buruk..
Al-Quran mnjdi asas pengangan kite dlm setiap tindakan..
Berhati-hatilah dlm stiap gerak geri kite..
Raqib dan 'Atiq sentiasa mengawasi stiap tindakan kite..
Sesiapa yg melakukan perbuatan baik sebesar zarah akan dihitung dan sesiapa yg melakukan perbuatan jahat tetap akan dihitung..

Sama2lah kite insafi diri, perbaiki diri, tingkatkan potensi utk menuju Jannah yg kekal abadi..





Friday, January 29, 2010

AMATILAH...

amatilah pemikiranmu krn ia akan menjadi percakapanmu...
amatilah percakapanmu krn ia akan menjadi perbuatanmu....
amatilah perbuatanmu krn ia akan menjadi amalanmu.......
amatilah amalanmu krn ia akan menjadi tabiatmu...
amatilah tabiatmu krn ia akan menjadi nasibmu....

Wednesday, January 27, 2010

pakaian halal vs haram

HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak hadir kuliah, keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu..

Dgn berbekal sedikit rasa tanggungjwb diriku terpanggil utk menyentuh tentang pakaian bakal guru..entah mengapa mataku terasa amat sakit sgt bila melihat baju yang sendat, seluar yg ketat tudung yang singkat yg dipakai guru pelatih semasa berada di kampus dan semasa outing..Fikirkanlah apa pandangan masyarakat bila melihat bakal guru yang akan mendidik anak bangsa berpakaian tidak sopan menampakkan...Adakah tiada rasa malu pd diri mereka..bukankah malu itu sebahagian drpd iman.Setiap insan diberikan akal fikiran utk membezakn diantara yg baik dan buruk..Jd fikir-2kanlah..

Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Rupanya soal pakaian ada disebut kod dan etikanya dan panduan ini mesti diikuti semua Muslimah. Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran. Remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'. Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat. Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini.

Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja..Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya..remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah.

Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam. Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik. Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja. Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.' Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja. Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat...

Buatlah pilihan yang terbaik buat diri kita..jgn kita mnyesal di kemudian hari krn mengikut hawa nafsu...sama-2 kita perbaiki diri.

Sunday, January 24, 2010

Gempaq usrah

wah!!bunyi macam hebat je...gempaq usrah...sejauh manakah program tamrin naqibat ni memberi manfaat kepada naqibat???fikir2kanlah...



AJK Sibuk meletakkan klu sblm program...





dahaga....tapi malangnye kene minum air masin...terpakse kene habiskan...






Berkumpul untk sama2 mengalunkan asma' al husna dan menyanyikan lagu tema usrah bingkai kehidupan..







Gelapnye dunia...ya Allah berikanlah kami cahaya...





bestnye mengharungi lumpur....
Memandangkan terdapat segelintir naqibah yang berasa kurang berkeyakinan untuk memimpin usrah maka MT telah memikirkan satu program untuk memberi perangsang dan motivasi kepada naqibah. Tamrin naqibat ini bermula pada jam 4.30 pagi sehingga jam 1.00 tengahari.
Pelbagai aktiviti mencabar minda dan fizikal peserta dilaksanakan. Aktiviti ini dilksanakan di kawasan sekitar kampus. Antara aktiviti yang perlu ditempuhi oleh peserta ialah meminum air garam dan air gula, memanjat tiang gol bola jaring, memapah rakan dan mengikat kaki sambil mengharung lumpur dan menghafaz ayat quran dan hadis.
Harapnye program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan menguatkan semangat naqibah..